Monday, 7 August 2017







  • SITI NUR NAZIHAH BINTI ZAKARIA (02DSKF2004)
  • AIN UMAIRAH BINTI AMRAN (02DSKF2008)
  • PUTERI NUR NASUHA IDAYU BINTI  MOHD NAZRI (02DSKF2012)
  • NURUL AINAL YAAKIN BINTI AZIZAN (02DSKF2014)

Kepatuhan Kepada Organisasi: Realiti dan Cabaran

Pengenalan

Bersyukur ke hadrat Ilahi, tugasan yang diberikan berjaya diselesaikan. Pertama sekali, bersama berkat dan doa dari ibu bapa kami telah menyempurnakan tugasan yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dikhaskan kepada pensyarah Pengurusan Dalam Islam (DUA2022) kami, Puan Wahida Binti Mat Said kerana memberi tunjuk ajar sepanjang penghasilan e-folio ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menlengkapkan blog ini.  

Tugasan yang diterima bertajuk Kepatuhan Kepada Organisasi: Realiti dan Cabaran memberikan impak yang besar dalam diri kami dalam menjalani perjalanan sebagai mahasiswi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ini. Sebagai seorang siswa atau siswi, pastinya tidak lari dari mengikuti sebarang organisasi yang ditubuhkan di institut ini. Dari sudut ini, boleh dilihat dimana siswa atau siswi wajib terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan secara tidak langsung siswa atau siswi tersebut akan terbabit dengan organisasi.

Definisi

Jika berpandukan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kepatuhan bermaksud sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala maksud organisasi pula kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organi­sasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg ter­atur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) meng­orga­ni­sasikan sesuatu: institusi itu menitik­beratkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Merujuk kepada Robbins, 2003, Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Pencapaian matlamat organisasi pula adalah bergantung kepada dua elemen iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan adalah seperti akauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi. Manakala elemen bukan kemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Kedua-dua elemen ini akan mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi sama ada secara individu atau kumpulan terhadap pencapaian organisasi(Abd. Aziz, 2003).


Merujuk kepada buku Siri Politeknik: Pengurusan dalam Islam ialah ketaatan seorang pekerja kepada pengurus dan seorang kepada ketuanya. Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadikan kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.


Namun begitu, beberapa faktor haruslah diambil kira sebelum menerima arahan tersebut iaitu:
  • Arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut
  • Kerja yang di suruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja
  • Kerja tersebut boleh di lakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja

Ketaatan dalam organisasi sangat penting dalam melicinkan perjalanan organisasi. Arahan daripada pihak atasan wajib dipatuhi selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang disyariatkan dalam Islam. Hal ini telah disebut dalam Surah al-Nisa ayat 59 dimana Allah berfirman:



Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada”Ulil-Amri”(orang-orang yang berkuasa)dari kalangan kamu.kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan)dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al Quran) dan (Sunnah) rasulnya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah, demikian adalah lebih baik (bagi kamu) , dan lebih elok pula kesudahannya. (Al-Nisa 4: 59)




Jelas sekali dalam ayat ini telah ditegaskan bahawa perintah Allah dan RasulNya adalah muktamad dan tidak mempunyai terma yang berlainan darinya. Berbeza dengan ketaatan kepada sesuatu yang lain, ianya bergantung kepada situasi selagi mana arahan atau perintah itu tidak bercanggah dengan syarak Islam.

Hal ini telah ditekankan dalam Hadis Riwayat Muslim oleh Rasulullah S.A.W iaitu:
“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang,atau dalam keadaan perkara yang atau kurang di sukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”.(Riwayat Muslim)

Arahan dari pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang Allah dan Rasulullah SAW telah riwayatkan. Rasulullah SAW sekali lagi bertegas tentangnya di Hadis Riwayat Muslim iaitu:
“Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang di sukai atau tidak di sukai,selama mana ia tidak di suruh melakukan maksiat. Jikalau di suruh untuk mengerjakan maksiat maka tidak adalah menjadi kewajipan untuk di dengar dan di taati”. (Riwayat muslim)


Jelas dinyatakan dalam setiap firman dan riwayat dimana ketaatan itu sangat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Ketaatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.


Kesetiaan Kepada Organisasi

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinnya. Beliau TIDAK BOLEH:

  • Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepaada organisasinya.
  • Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian
  • Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasinya yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.

Kepatuhan Kepada Disiplin
  • Kepentingan disiplin sememangnya tidak di nafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar.
  • Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya di patuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
  • Tanpa disiplin,operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.



Realiti pada masa kini dimana para majikan tidak mengambil berat dalam menjaga kebajikan pekerjanya dan menjadi cabaran kepada pekerja-pekerja mereka dalam kesukaran untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Para majikan mengambil isu dan masalah pekerja mereka sebagai sesuatu yang ringan dan tidak penting pada syarikat.

Untuk mengatasi situasi sedemikian, majikan perlulah menjaga kebajikan pekerjanya dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Para pekerja pula perlulah mempunyai sikap yang lebiih terbuka dalam berkongsi pendapat atau masalah mereka. Kedua-dua pihak juga perlulah mengetahui pihak-pihak yang berwajib untuk membuat aduan tentang pekerja atau majikan yang tidak mematuhi Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran iaitu amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Dasar ini telah lama dipraktikkan dalam pentadbiran awam dan selari dengan tuntutan dalam Islam dan wajar diikuti oleh setiap organisasi tidak kira peringkat.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah menetapkan akta-akta tertentu dalam menjadikan organisasi tersebut lebih teratur. Antara akta tersebut ialah:
·         Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Akta ini merupakan undang-undang buruh utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Ia mengandungi peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan standard-standard minimum penggajian. Akta ini memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji tidak melebihi RM2, 000 sebulan dan pekerja-pekerja manual tanpa had gaji.

·         Akta Maklumat Pekerjaan 1953 (Akta 159)

Akta ini memperuntukkan agar pengumpulan maklumat berkaitan terma-terma perkhidmatan dan syarat-syarat kerja bagi orang yang digaji seperti bilangan orang yang masih digaji oleh majikan, terma-terma kontrak yang diikat antara majikan dan pekerja, waktu bekerja, cuti umum, cuti rehat, tempoh rehat, jenis tugas yang dilaksanakan, struktur gaji dan kelayakan yang diperlukan bagi tiap-tiap jawatan.

·         Akta Hari Kelepasan 1951

Akta bagi membuat peruntukan- peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

·         Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950

Akta bagi membuat peruntukan mengenai hari kelepasan mingguan bagi orang yang diguna khidmat di kedai, restoran dan panggung. Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

Selain dari menyediakan yang sesuai dengan peredaran zaman kini, kerajaan juga menyediakan sebuah jabatan khas iaitu Jabatan Tenaga Kerja dimana jabatan ini melindungi kepentingan dan memajukan kebajikan masyarakat industry. Jabatan ini juga menerima pelbagai aduan buruh yang bersesuaian dengan akta yang dikeluarkan. Antaranya ialah:

1.    Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah

  • ·         Baki gaji
  • ·         Gaji ganti notis
  • ·         Gaji cuti am
  • ·         Gaji cuti tahunan
  • ·         Gaji cuti sakit
  • ·         Gaji kerja pada hari rehat mingguan
  • ·         Gaji kerja cuti am
  • ·         Gaji kerja lebih masa pada hari biasa
  • ·         Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan
  • ·         Gaji kerja lebih masa pada cuti am
  • ·         Cuti/elaun bersalin
  • ·         Faedah penamatan kerja
  • ·         Penggajian pekerja asing
  • ·         Pelanggaran kontrak pekerjaan
  • ·         Lain-lain

2.    Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian

  • ·         Pelanggaran dasar kerajaan
  • ·         Diskriminasi kaum
  • ·         Tiada peluang / tempat sembahyang
  • ·         Amalan Buruh Tak Saksama
  • ·         Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji
  • ·         Penindasan oleh majikan
  • ·         Diskriminasi kaum/Jantina
  • ·         Lain-lain

Kesimpulan

Antara kesimpulan yang diperoleh dalam tajuk ini adalah;
  • Sebagai umat Islam, kita wajar mematuhi perintah dari Allah dan Rasulullah untuk menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.
  • Dalam menjalankan tugasan seharian sebagai pekerja atau majikan, haruslah berlandaskan syariat Islam dan perintah kerajaan.
  • Setiap organasasi wajar menjaga kebajikan ahlinya tidak kiralah sekecil mana pun organisasi tersebut
  • Saling menjaga silaturrahim antara majikan dan pekerja bagi kelancaran suatu organisasi tersebut.


Lampiran:

BPM sedia jadi ‘orang tengah’
Wartawan Sinar Harian
14 Februari 2015


Keratan akhbar Sinar Harian, kelmarin.



KUALA KRAI - Nasib kira-kira 30 pekerja sebuah pasar raya, di sini, yang diarah mengambil cuti tanpa gaji sehingga April ini, dapat perhatian apabila Biro Pekerja Muda, Pemuda Umno tampil menawarkan bantuan.
Pengerusinya, Dazman Shah Daud berkata, biro itu sedia menjadi ‘orang tengah’ perundingan antara pekerja dan majikan terbabit jika tidak ada penyelesaian dapat dicapai kedua-dua pihak.
Katanya, pihaknya merujuk kes itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan mendapati masih ada pintu rundingan yang mampu menyelesaikan kemelut pekerja dan pengurusan pasar raya terbabit.
“Kami amat memahami keperitan hidup pekerja terlibat yang juga sebahagian daripada mangsa banjir besar, akhir tahun lalu, apabila kehilangan pendapatan tetap,” katanya.
Dazma, yang juga Exco Pemuda Umno berkata demikian ketika mengulas dakwaan pekerja terbabit berhubung arahan mengambil cuti tanpa gaji yang dikeluarkan majikan mereka seperti dilaporkan akhbar ini, kelmarin.
Pasar raya terbabit terpaksa ditutup bagi penyelenggaraan selepas tingkat bawahnya ditenggelami air ketika banjir besar melanda daerah ini, akhir tahun lalu dan dijangka beroperasi semula, April ini.
Aduan mengenai masalah itu sebelum ini dikemukakan kepada Presiden, Persatuan Belia Taat Ikhlas Generasi Erat (PBTiger) Kelantan, Mohd Jahiman Hassan.
Berdasarkan peraturan buruh, Dazma berkata, majikan ditimpa bencana alam dan alami kerugian atau penurunan pendapatan boleh ambil langkah penjimatan kos termasuk memberi cuti tanpa gaji.
Bagaimanapun, jelas beliau, rundingan antara majikan dan pekerja terlibat perlu diadakan terlebih dahulu sebelum pendekatan cuti tanpa gaji diambil.
“Jika rundingan gagal cari kata sepakat, pekerja boleh kemukakan aduan kepada mana-mana cawangan JTK bagi meneliti kembali permasalahan ini,” katanya.
Katanya, biro berkenaan akan memantau kes itu secara berterusan sehingga jalan penyelesaian memberi faedah kepada kedua-dua dicapai.
 “Kami sedia membantu pekerja pasar raya terbabit dan mereka boleh hubungi BPM di talian 03-6201 0650 atau e-mel kepada biropekerjamuda@gmail.com untuk pertanyaan atau bantuan,” katanya



Rujukan:

Buku Siri Politeknik: Pengurusan Dalam Islam

SITI NUR NAZIHAH BINTI ZAKARIA (02DSKF2004) AIN UMAIRAH BINTI AMRAN (02DSKF2008) PUTERI NUR NASUHA IDAYU BINTI  MOHD...